Home » Berita You are browsing entries filed in “Berita”

SPM 2009 : SMK Sri Aman terbaik di Simanggang

SPM 2009 : SMK Sri Aman terbaik di Simanggang

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman muncul sebagai sekolah menengah yang terbaik dalam Bahagian Sri Aman setelah memperoleh 94.68 peratus kelulusan penuh bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang diumumkan pada hari ini.
SMK Sri Aman yang mempunyai 289 orang calon bagi peperiksaan SPM 2009 turut melahirkan salah seorang pelajar cemerlang sekolah terbabit yang [...]

March 11 2010 | Posted in Berita | Read More »

10 bidang industri utama tagih tenaga belia

10 bidang industri utama tagih tenaga belia

Sarawak memerlukan sumber manusia yang kompeten dalam 10 bidang industri utama dalam negeri ini sejajar dengan proses transformasi Pembangunan Arus Kedua pada masa sekarang demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.
10 bidang industri yang kompeten terbabit menurut beliau adalah petro kimia, perkilangan, aluminium, gelas, perladangan, perikanan, akuakultur, pelancongan, pendidikan, agropolis, kesihatan, [...]

March 11 2010 | Posted in Berita | Read More »

3,000 surat untuk PM dari Kuching

3,000 surat untuk PM dari Kuching

Pos Malaysia Berhad Cawangan Sarawak sudah pun menerima lebih tiga ribu penyertaan untuk Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri daripada sekolah-sekolah sekitar Kuching setakat ini.
Yang terbaru, Pos Malaysia menerima 1,040 penyertaan daripada pelajar Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg.
“Ini merupakan penyertaan terbesar daripada sebuah sekolah”, kata Pengurus Wilayah Pos Malaysia, Mohamad Nasir Ismail dalam satu [...]

March 10 2010 | Posted in Berita | Read More »

IPBL, Yayasan Sarawak dan Tabung Amanah Bakun anjur program “Jom Jadi Cikgu”

IPBL, Yayasan Sarawak dan Tabung Amanah Bakun anjur program “Jom Jadi Cikgu”

Institut Latihan Perguruan Batu Lintang dengan kerjasama Yayasan Sarawak dan Tabung Amanah Bakun akan menganjurkan satu program “Jom Jadi Cikgu” untuk menggalakan belia-belia Penan mengambil bidang perguruan sebagai profession.
Ini sekaligus dapat melahirkan guru-guru Penan yang akan mendidik anak bangsa nya sendiri pada suatu masa kelak.
Program sehari itu akan diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Belaga, [...]

March 10 2010 | Posted in Zon Tengah | Read More »

DAP yakin rampas kerusi Pujut

DAP yakin rampas kerusi Pujut

Parti Tindakan Demokratik (DAP) beri amaran untuk merampas kerusi Pujut daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam pilihan raya negeri akan datang.
Pengerusi DAP Miri, Fong Pau Teck berkata, kekalahan semasa pilihan raya negeri dan pilihan raya Parlimen lalu tidak melemahkan semangatnya untuk menjadikan kerusi itu miliknya.
“Sudah pasti saya berdiri di kerusi Pujut dan akan turun [...]

March 9 2010 | Posted in Pilihanraya DUN Sarawak, Zon Utara | Read More »

Kuarters Jabatan Kesihatan di Sungai Asap terbakar

Kuarters Jabatan Kesihatan di Sungai Asap terbakar

Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kuarters kerajaan yang mereka diami musnah dalam satu kebakaran di Daerah Kecil Sungai Asap semalam.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.00 petang.
Api berjaya dikawal sepenuhnya beberapa jam kemudian oleh pihak Bomba dan Penyelamat Bintulu dengan bantuan penduduk kampung Sungai Asap.
Kebakaran melibatkan empat daripada sembilan unit kuarters Jabatan Kesihatan yang diperbuat [...]

March 9 2010 | Posted in Zon Utara | Read More »

Wanita maut digilis lori di Sri Aman

Wanita maut digilis lori di Sri Aman

Seorang wanita maut setelah dilanggar oleh sebuah lori dalam sebuah kemalangan yang berlaku di kilometer 6, Jalan Sri Aman / Kuching sekitar jam 11.45 pagi hari ini.
Mangsa iaitu Bija anak Rajau, 45, dari Taman BDC Stampin Kuching digilis lori ketika menyeberang jalan raya untuk mengunjungi saudara-maranya tidak jauh dari bangunan Pemasaran Lada Hitam Malaysia [...]

March 9 2010 | Posted in Berita | Read More »

Wan Junaidi sumbang RM1,000

Wan Junaidi sumbang RM1,000

Kejadian kebakaran yang menimpa keluarga Abdul Rahman Haji Ramli di Kampung Muhibbah Sri Aman telah mendapat perhatian Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar kelmarin.
Beliau menerusi wakilnya Timbalan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.27 Simanggang, Franklin Guan @ Guang anak Juma telah menyampaikan [...]

March 9 2010 | Posted in Zon Tengah | Read More »

STAR Kuching hantar 500 surat kepada PM

STAR Kuching hantar 500 surat kepada PM

Pos Malaysia Berhad menjangkakan lebih penyertaan untuk Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri akan diserahkan kepada syarikat itu bila tarikh tutup pertandingan berakhir 19 Febuari ini.
Hari ini sahaja Pos Malaysia telah menerima 600 penyertaan daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR) manakala sebelumnya beberapa ratus penyertaan daripada pelajar Kolej Datu Patinggi Abang Haji [...]

March 9 2010 | Posted in Berita | Read More »

PKR tingkatkan aktiviti di Miri

PKR tingkatkan aktiviti di Miri

Datuk Chua Jui Meng bersama NGO di Miri pada 8.3.2010. Majlis dialog tertutup ini membincangkan masalah yang di hadapi rakyat asal Negeri Sarawak yang telah diadakan pada sebelah pagi.
Seusai Majlis bersama NGO, pertemuan bersama pimpinan Parti KEADILAN Rakyat yang hadir daripada Cabang Baram, Miri dan Sibuti.
Pelbagai pandangan yang berbeza telah disuarakan. Objective sessi ini diadakan [...]

March 9 2010 | Posted in Zon Utara | Read More »