|

Subsidi gula dapat buat jalan Sarawak, Ismail

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKP) membelanjakan RM1 bilion untuk subsidi gula bagi tahun 2010 yang mana jika peruntukan itu dilupuskan, dapat membangunkan pelbagai kemudahan termasuk jalan raya di Sarawak.

Menterinya, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak RM0.20 sen, namun kerajaan tahun ini terpaksa mengeluarkan peruntukan lebih tinggi berbanding RM720 juta tahun lepas.

“Jumlah subsidi ini meningkat berikutan kenaikan harga pasaran gula dunia. Namun jumlah yang ditanggung oleh kerajaan ini dapat dikurangkan jika rakyat di negara ini memahami keburukan pengambilan gula berlebihan setiap hari,” katanya semasa sidang media di Bintang Megamall, di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula Peringkat Negeri Sarawak anjuran pejabat KPDNKP dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan Persatuan Diabetes Miri.

Menurut Ismail, sebelum ini banyak persatuan pengguna mendesak agar subsidi gula dihapuskan terus manakala peruntukan untuk subsidi digunakan membangunkan infrastruktur.

“Bayangkan jika RM1 bilion itu digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur, khususnya di pedalaman Sarawak yang masih daif. Sudah pasti banyak jalan kampung dapat dibina menggunakan subsidi berkenaan,” katanya.

Sekiranya dihapuskan, pengguna terpaksa membayar lebih untuk makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula tinggi dan dengan itu ia akan mengurangkan rakyat di negara ini mengambil gula secara berlebihan.

Katanya, setakat ini kerajaan masih meneruskan bantuan subsidi gula bagi mengekalkan harga pada RM1.75 sekilogram bagi gula kasar dan RM1.85 bagi gula halus di Sarawak.

Terdahulu dalam ucapannya, Ismail memberitahu kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia ditahap mengerunkan, dengan purata 26 sudu sehari menjadikannya negara kelapan paling tinggi penggunaan gula di dunia.

Katanya, kadar pengambilan ini melepasi kadar ideal yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 10 sudu teh untuk setiap sehari.

“Pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia ketika ini amat tinggi dan membimbangkan. Pada tahun 2009, penjualan gula untuk keperluan domestik negara mencecah 806, 318 tan metrik setahun.”

Manakala penggunaan gula oleh masyarakat di Sarawak mencecah 66 tan metrik sehari, suatu angka yang tinggi dan amat mengejutkan.”

Bilangan pesakit diabetes di negara kini telah mencecah 1.2 juta orang atau ditangga keempat tertinggi penghidap diabetes di seluruh Asia.

Hadir sama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan Pengarah KPDNKK Sarawak Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.

Tags: , , ,


Related news

1 Response for “Subsidi gula dapat buat jalan Sarawak, Ismail”

  1. ibat says:

    Sik setegal gula jadi diabetic. Kelak semua bahan makan yang disabsidi dibuang sabsidi kerana kesihatan kah? Semak lok semua journal perubatan, pok.

    Statistik boleh keliru gambaran sebenar. Jumlah import gula naik, bukan erti orang makan lebih gula. Ya mesti lah diukur dengan jumlah manusia dalam negeri. Orang indon, bangla, myanmar, etc, termasuk sidak tanpa izin pun makan gula. Masalah nya you sik tau berapa semuanya. Mungkin jumlah meningkat banyak sekali, naik tinggi lah jumlah gula di makan. Tapi rakyat kita, seorang ke seorang sik semesti mula makan lebih gula. Nak beri justifikasi pake beban rakyat, suka ati jak pake statistik.

    Gula boleh kira bahan perlu. Mun nak nolong rakyat, naik jak cukai rokok, toto-4d, arak, entertainment tax – dan jimat kebocoran ikut Auditor General Report dah cukup pake seluruh Sarawak jeraya cement!! Sik mudarat rakyat mun harga rokok sampai RM100 se kotak. Mun Harga no ekor RM1 + cukai RM1. Harga beer RM100 se botol. Tau kitak berapa perintah dapat? Sik kurang RM1billion sehari. Rakyat pun sihat, sik miskin. Harga gula pun boleh turun.

    Mun buang sabsidi, buka lah import, jangan dikuota – beri monopoli AP ajak. Buka import to all, boleh control harga ikut saingan. Banding juak kenaikan guna gula dengan kenaikan guna barang lain, macam beras, minyak makan – tok semuanya akan beri tanda kerana jumlah penduduk naik mendadak, mungkin kerana PATI sik terkawal. Takut-takut kelak kitak madah makan beras banyak gilak pun mudarat lalu iboh sabsidi. Oranga sakit banyak gilak, tutup hospital kerajaan, sak duit saving dari hospital pake molah parlimen baru? sak orang sakit semua pegi private, lalu sik ada orang sakit kerana takut bayar – macam ya kah? 1Malaysia tok bodo kah fikir kitak?

You must be logged in to post a comment Login