|

Remaja OKU Penan dapat IC esok

Kesulitan remaja Penan Orang Kurang Upaya (OKU), Paris Khiasan Laji,12, dari Batu Bungan, Mulu yang tidak mempunyai sijil lahir berakhir selepas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi jaminan akan meluluskan dokumen itu esok hari.

Ketua Operasi Bantuan OKU JPN Bahagian Miri, Patrick Ngeram berkata, permohonan Paris dikategorikan sebagai pendaftaran lewat kelahiran.

“Setelah semakan dan temuduga dibuat, JPN mendapati permohonan dia tidak mempunyai masalah untuk diluluskan.”

“Kelulusan dijangka akan dibuat pada 9 Februari ini dan sijil akan dikeluarkan dalam tempoh dua hari,” katanya selepas mengadakan Operasi OKU di Batu Bungan, Mulu baru-baru ini.

Menurut Patrick, sijil lahir itu akan diserahkan sempena operasi pendaftaran bergerak di Batu Bungan yang dijangka diadakan pada Mac atau April depan.

Beliau menambah, permohonan MyKad lewat bagi Paris akan dibuat pada masa tersebut, selepas sijil diserahkan.

Mengenai Operasi Bantuan OKU di Mulu, Patrick menambah, JPN turut membuat pemantauan jumlah penduduk yang terdapat di Batu Bungan, Long Iman dan kawasan sekitar

Ketua Unit Khas Bergerak (UKB) JPN Miri, Mohd Syafiee Mohamad Ariffin berkata, selain operasi itu, UKB pada masa yang sama mengadakan Kaunter Bergerak Berjadual (W-Spot) di Bario pada hari yang sama.

“Selain itu, kita turut melaksanakan Operasi Pendaftaran Bergerak ke Long Pelutan, Long Lunyim dan Long Tepen pada 8 hingga 11 Februari yang turut disertai oleh Unit Khas Mahkamah Bergerak
Cawangan Miri.

Tags:


Related news

You must be logged in to post a comment Login